
ABOUT US
assalamualaikum..
Selamat datang ke blog “ ILUNIZA SWEETS” SEEDAP SEEDAP WOWWWWW . Blog ini terdapat himpunan produk local iaitu brownies kedut, kek batik melting dan lengkong kering.
Hai!!!
Nama saya Normasliza Binti Ahmad. Dikalangan keluarga saya lebih di kenali sebagai Umie . Mas adalah panggilan nama saya di kalangan rakan-rakan. Saya berasal dari Kota Tinggi, Johor. Dilahirkan 15 hb Disember 1980, dan dibesarkan di bumi Darul Takzim, yang aman dan makmur ini.Saya merupakan ibu kepada (3) orang cahaya mata yang sedang meningkat remaja dan seorang isteri yang bekerjaya serta mempunyai seorang suami yang sangat memahami dan penyayang.
Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia NYA, Blog ini dapat dicipta hasil bantuan dari semua pihak yang sentiasa memberi sokongan moral kepada saya terutamanya kedua ibu bapa yang dikasihi, suami tersayang, anak2 yang dicintai, keluarga mertua dan sahabat handai.
Produk tempatan yang dihasilkan oleh surirumahtangga sepenuh masa, mempunyai keasliannya tersendiri, resipi tersendiri dan keunikannya yang tersendiri. Rasanya yang “ SEEDAP SEEDAP WOWWWWW ” pasti yang merasainya akan terpikat dan terpesona merasai keenakkannya.
Akhir sekali, saya memohon kehadrat Allah SWT semoga usaha kecil ini diterima oleh Allah SWT, dimurahkan rezeki kami sekeluarga, dipermudahkan segala urusan dan mendapat keredaan Nya di dunia dan akhirat.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
' Sesungguhnya engkau tidak akan dapat memberikan kelapangan kepada orang dengan harta bendamu, tetapi kamu dapat memberi kelapangan kepada mereka dengan muka yang berseri-seri dan budi pekerti yang baik'